Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas! kerana apabila dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi DOSA BESAR! Pertukaran berlaku apabila :
Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh secara berterusan walaupun sedikit.
Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakanbahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseoarang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.
Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseoarang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.
Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah.
Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama' atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment