Situasi : baru balik kelas
Rebah.. Terbaring di katil.. LETIH! mengeluh di hati...
"Kenapa ek? aku dah dapat ape yang aku nak, sume ni...aku nak ni, dapat daa.. tapi aku TAK HAPPY! Aku selalu merungut! Aku selalu LETIH! Aku rasa lagi KEKURANGAN! Hmmmmm" monolog di hati lagi.
Capai phone, playing music player.. then..letak phone tepi, pejam mata...
Tiba-tiba.....
Sebutir demi sebutir jernih air keluar mengalir dari kelopak mata...
semakin deras...
"syahdu nye hati ni.....Masya Allah!" monolog lagi sambil menggosok-gosok dadanya untuk meredakan sendri rasa sebaknya.
Situasi : 4.00 pagi
Monolog sekeping hati....
"Masya Allah! Aku tak pernah rasa sesyahdu ini Ya Rabb!
SUNGGUH! Aku tak pernah melupakanmu, tapi aku yang tak besungguh-sungguh berjihad menyediakan waktu berkhalwat dengan-Mu Ya Allah!
Aku inginkan ini,
dan aku dapat ini,
Kau berikan ini untukku,
apa yang aku tunggu-tunggu..
TAPI, aku jadi LEMAH, aku jadi BOSAN, aku jadi TAK PUAS, aku merasa KEKURANGAN setelah aku dapat ini!
Ya Allah!
Rupanya...aku KEKURANGAN Mu Ya Rabb..
Aku sibuk pada yang lain, aku tak sibuk dengan-Mu Ya Allah!
Dulu..
Sebelum aku dapat ini,
Aku sedih!!!
TAPI, aku BAHAGIA dari sekarang!
KENAPA???
Sebab dulu aku dekat dengan-Mu!
Manusia memang selalu alpa..Kini, aku tercari-cari..
APA???
Ya! Ternyata aku PERLUkan Mu Ya Allah!
Ya! Ternyata aku RINDUkan Mu Ya Allah!
Ya! Ternyata aku PERLUkan CINTA-Mu Ya Allah!
Ya! Ternyata aku akur, biar aku kehilangan semua di dunia ini, asal ADAnya Mu Ya Allah!
Ya! Ternyata hidupku memang lebih BERERTI dengan ADAnya Mu Ya Allah!
Dan...KINI, aku rasa aku BERNYAWA!!!
Aku malu Ya Allah!
Aku selalu menjadi hamba-Mu yang sering alpa..
Ampuni ku Ya Rabb... Aku lemah....
TAPI...aku tahu! Kau Maha BAIK dari SEGALANYA!
Kini...aku cuba untuk..
TERUS MENCINTAIMU SEDETIK LEBIH serta SELAMANYA, Ya Allah!"
Airmata terus menemani tahajudnya malam itu..Semoga Allah menerima tahajudnya..Ameennn..
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
dan dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasih ku....
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
SEDETIK LEBIH
serta SELAMANYA
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya KAMU
Kini, lagu ni menjadi inspirasi baginya... ketenangan, semangat yang luar biasa datang dari sebuah lagu yang dulunya kurang digemari, kini menjadi inspirasi luar biasa baginya..^^
Orang yang BAHAGIA itu akan selalu....
menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana membaca itu SUMBER HIKMAH
menyediakan waktu untuk TERTAWA kerana tertawa itu MUZIKnya JIWA
menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana berfikir itu POKOK KEMAJUAN
menyediakan waktu BERAMAL kerana beramal itu PANGKAL KEJAYAAN
menyediakan waktu BERSENDA kerana bersenda itu akan membuat MUDA SELALU
Dan...
menyediakan waktu untuk BERIBADAT kerana beribadat itu adalah IBU dari SEGALA KETENANGAN JIWA
p/s : nak lebih best, lebih syOk, try korang bace entry ni, sambil hayati bait-bait lagu SEDETIK LEBIH. hayati selaras dengan isi entry ni, hope terkesan kat hati..
0 comments:
Post a Comment