Argggghhhhhhh! PENAT Laaa! Ish!!
Eh, nape nii??
Letih laaa bace buku..study JERK!
Hmm..name pon study, mang laa kene bace buku..
Alaa…kite mang nak study, tapi xnak laa exam2 ni..penat laaa..
Da study.. mesti kene exam..
Xpayah exam pon boleh kan..study jer laa..
EXAM tu PERLU..
Kenapa? Lau xde, xboleh ke..same je pon kan..
EXAM tu PERLU!
Ye? Tapi kenape…
EXAM tu MEMANG PERLU! Ape maksud exam? Exam tu maksudnya UJIAN, PEPERIKSAAN.. rite?
Hmmm.. Lebih kurang laa…
So, sebagai makhluk Allah kat atas muka bumi ni pon, EXAM tu memang PERLU. Sebabnya… tak bermakna hidup tu if takde UJIAN. Tak bererti sesuatu cerita tu if takde UJIAN. Even dalam drama2 pon satu cerita tu mesti ade UJIANnya, ade je DUGAANnya, ade je yang MENGUJI. Macam tak seronok je kan kalau tengok satu movie takde UJIAN. Semua tu macam EXAM laa kan.. Dalam hidup pon, tak kan jadi matang seseorang tu bila dia tak diUJI dulu.. UJI same je laa dengan EXAM.. macam aku, kau..semua pernah ade UJIAN masing2 kan.. Kita sebagai manusia, da belajar macam-macam dalam hidup ni.. dari kecil sampai ke besar, macam2 perkara baru kita belajar.. dari tak tahu makan, kita tahu makan.. dari tak tahu menulis, kita tahu menulis.. dari tak tahu membaca, kita tahu membaca.. dari tak tahu ape tu IMAN, kita tahu ape itu IMAN. Kita miliki IMAN itu. Kita takkan tahu sejauh mana tahap kemampuan kita selagi semua tu tak diUJI. Macam kepercayaan kita pada Qada’ dan Qadar Allah, kita tahu perkara tu ade, tapi cukup ke sekadar tahu.. tanpa di UJI dulu.. Sedangkan dalam Quran pon da tertulis, tak dikatakan seseorang itu BERIMAN selagi tak di uji..
Kita tahu ilmu SABAR tapi cukup ke sekadar tahu, tanpa perlu di UJI. SABAR tu je dah leh beri banyak ganjaran bila kita tahu dan amalkan SABAR tu.. Kita tahu kata, SABAR bila terima UJIAN, tapi bila kita ditimpa UJIAN, kita mudah tak untuk SABAR seperti mudahnya kita berkata word ‘SABAR’ tu.. hmmm.. tepuk dada tanya IMAN. Rasulullah pun ade bersabda, mafhumnya; SABAR yang TERBAIK tu adalah SABAR mase KALI PERTAMA kita menerima ujian. Tapi kita selalu terlepas SABAR tuu.. kan… sebab tu UJIAN tu perlu, tanpa di UJI, kat part mane kita nak aplikasikan SABAR yang KITA TAHU tu…kan?
Okey..macam sekarang.. Kau BELAJAR, BELAJAR itu, BELAJAR ini.. okeii, kau kate kau faham, kau tahu semua tu, tapi….cukup ke sekadar tahu selagi belum diUJI.. Mungkin kau tahu, tapi bila diUJI, dapat tak kau mengaplikasikan segala yang kau tahu tu pada semua yang diUJI tu.. HIDUP ni memang tak lepas dari UJIAN. Even sekecil-kecil ujian pon.. contoh mudah, kau study subjek ni..then datang seorang sahabat tanya pade kau tentang mende ni, kau da belajar, sahabat datang tanya.. actually, itu pon salah satu bentuk UJIAN or EXAM, sekecil-kecil exam untuk kau.. If kau dapat jawab, means kau lepas EXAM tu dan kau tahu tak yang kau memang FAHAM mende tu, If tak dapat jawab, tu bermaksud kau hanya TAHU tapi tak faham.. Okeii, fikir! If sahabat td tak datang tanya, bagi soalan or exam kecil tu pade kau, kau akan tahu tak yang sebenarnya selama ni kau belajar sekadar TAHU dan TIDAK FAHAM. setiap apa yang kita lalui mesti datang soalannya.. dan soalan tu laa yang menguji sejauh mana kefahaman kita terhadap perkara tu.. sekiranya kita mampu selesaikannya dengan cara terbaik, berjayalah EXAM kita tuh.
Fikir jugak, seronok ke kalau belajar je….tahu2 abes, tanpa kita dapat ape pon natijahnya… kita belajar terus belajar, tapi tak di uji sedikit pon.. datang kelas, tanpa ade assignment, tanpa ade sesi soal jawab, semua nya habis.. habis belajar habis laa semuanya. Kita sendiri pon takkan tahu ape2, terletak pade tahap mana kemampuan kita menguasai apa yang kita belajar. Sebab NO EXAM! Sebab tu EXAM tu perlu.. Assignment, Presentation, aktiviti dalam kelas, tu semua macam EXAM jugak.. kite kate kite tahu speaking, tapi cukup ke kita je tahu, tanpa lecturer uji dengan suruh bercakap dalam kelas,, tak cukup membuktikan word ‘SAYA TAHU’ selagi ape yang kita TAHU itu TIDAK di UJI. Rite???
Hmmm…
So, think about it carefully! EXAM tu MEMANG PERLU rite??? ^^
Ya! STUDY FOR EXAM!
Nope!!!
Hah? Why??
EXAM hanyalah sebagai salah satu medan pertempuran kita di dunia STUDY. Untuk menguji sejauh mana penguasaan kita terhadap apa yang kita belajar. Tapi study BUKAN hanya untuk EXAM, STUDYlah KERANA ALLAH! Kita takkan terbeban, dan rase ringan memikulnya. Semua orang digalakkan menuntut ilmu, lebih-lebih lagi dalam Islam.. tapi bila kita menuntutnya kerana Allah, ILMU tu akan terus kekal sampai kita mati, bukan hanya dalam EXAM je.. Sebab, muslim yang baik apabila dia menuntut ilmu, PRINSIPnya, BELAJAR untuk MENGAJAR. DENGAR untuk DIPERDENGARKAN. Dia belajar, dan dia bercita-cita untuk mengajar.. Di situ kefahamannya akan teruji, adakah dia mampu MENGAJAR setelah dia BELAJAR. Dia juga diUJI, bilamana, pasti akan datang soalan bertubi-tubi bertanyakan tentang apa yang diAJAR tu.. dan MENDENGAR untuk DIPERDENGARKAN. Setiap ape yang die dengar, die ade cite-cite nak jugak orang lain dengar, tak kesahlahh dengan cara mcm mana pon, sama ade dr die, atau cara lain.. di situ, kefahamannya diUJI, bilamana, dia mampu tak menyampaikan seperti apa yang didengar pade orang lain yang tak mendengarnya.
Sungguh! HIDUP ini memeng penuh dengan UJIAN. Dan Sungguh! UJIAN itu MEMANG PERLU!
Yerk! Even pengalaman pon datang dari UJIAN. Jadinya UJIAN tu pade die, tu merupakan pengalaman bagi die! Tak cukup bercerita je, tanpa kita ade PENGALAMAN tu sendiri. MANUSIA memang tak cukup dengan TAHU je, selagi apa yang dia TAHU itu TIDAK di UJI.
Hmmm..Betul tu! So, skarang..Jangan merungut lagi.. Ubah NIAT dulu, STUDY untuk APE? Then, pasangkan PRINSIP. And last, akui.. EXAM TU MEMANG PERLU!! Kan?? Heee
Hehehehe, yes! U are rite dear! Thanxz you!
p/s : dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SALAM IMTIHAN n GUD LUCK untuk SEMUA STUDENTS yang nak EXAM sekarang terutama USIM's STUDENTS.. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SETIAP 'EXAM' ANDA! Pesanan buat sahabat dan saye juge;
"Jadilah PENUNTUT ILMU yang makin TINGGI ilmunya, makin KUDUS cintanya pada Allah, makin LUAS perjalanannya, makin terasa KERDIL dirinya, makin DALAM ilmunya, makin RENDAH diri kepada Illahi" - Ma'a taufiq wa najah ^^
5 comments:
salam imtihan juga..
stress mengadap note.. hik2
Tudung Bawal Plain & Dwi Tone is back..!!
warna & harga yg menarik..
grab it n0w..!!
;)
http://showmeshawlsecrets.blogspot.com/
okey....cenyum sume mcm sy...kte hadpi exm dgn senyumn key..huhu
hidup tak kan lengkap tanpa ujian kan.. ^^
goodluck yaaa
Post a Comment