Ya Rabb...
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupanku,ku lemah kalau engkau tidak memberi kekuatan,
aku hamba-Mu, memang sentiasa lemah,
Lemah fizikal, lemah jiwa.
Dengarlah selalu bisikan hatiku, itulah harapanku pada-Mu.
Tuhan...
masukkanlah di dalam hatiku tenang dengan ujian,
kerana mengharapkan keredhaan-Mu.
Masukkanlah di dalam hatiku takut dengan kemewahan kerana takut di salahgunakan,
masukkanlah di dalam hatiku rasa cinta padamu,
agar rasa lazat menyembah-Mu.
Rahmat-Mu yang aku harapkan Ya Allah!
Amal ibadahku tidak memberi jaminan atau kemaafan-Mu yang aku pinta.
Sekalipun aku tidak layak, aku ini hamba-Mu Tuhan...tidak berguna kerana membuat dosa setiap masa, kutiplah aku dengan rahmat-Mu.
Rahmat-Mu luas,berkat melimpah kepada sesiapa sahaja yang Engkau anugerahkan!
Ameennnn....
pemandU hati
Ketika ku hanyut semakin jauh
Semakin ku gapai semakin tenggelam
“Seronok dengan dunianya..semakin dicari kebahagiaan, kebebasan.. dirinya tenggelam TANPA DISEDARI”
Ketika tujuan hidup semakin kabur
Terasa ku mati sebelum kematian
“Deras di bawa arus keseronokan dunia.. Akhirnya, buntu pada jalan yang dipilih. Mula kabur pada tujuan hidupnya sendiri. Keseronokan yang di cari tiba-tiba terasa SUNYI, KOSONG”
Apalah ertinya hidup tanpa pimpinan
Tiada cahaya tiada panduan
“Dicari pengertian hidupnya sendiri. Menangis…terus menangis dengan hidup sendiri yang rupanya selama ini gelap tanpa panduan. Cahaya yang sepatutnya terus menyuluhnya ke arah tujuan hidup sebenar HILANG. Dan pencarian pada ‘kehilangan’ itu bermula”
Tanpa cinta dan kasih sayang-Mu Tuhan
Segala yang ku miliki tiada berharga
“Melalui kesunyian dan kesepian itu dicari satu kebahagiaan yang lain. LAIN dari yang LAIN. Seakan menemukannya, sedikit demi sedikit. Semakian didekati kebahagiaan ‘baru’ itu.”
Takkan ku gapai cinta-Mu tanpa pimpinan
Ku terus mencari jalan kebenaran
“Kini, kebahagiaan hakiki mula di rasai… Namun, pencarian perlu berterusan. Tak ingin lagi pimpinan lain yang memandu hati yang sentiasa memerlukan tarbiyah dan didikan. Sepenuh pengharapan di letakkan pada-Nya. Hanya dengan cinta-Nya, kemanisan menjadi seorang hamba itu dirasai, Hanya dengan kasih-Nya, kenikmatan menjadi seorang anak itu dimiliki, DAN Hanya dengan redha-Nya, kekuatan di sebalik kesopanan menjadi seorang imrah itu digenggami”
Semoga diriku selalu mencari cinta-Nya, kasih-Nya, redha-Nya itu. Insya-Allah.
RUPANYA, kebenaran itu TIDAK ADA DUA dan TIDAK ADA TIGA, KEBENARAN itu hanya SATU.KEBENARAN itulah yang dicari oleh manusia. Kadang-kadang manusia BOLEH MENCARINYA.Kadang-kadang manusia TIDAK BOLEH MENCARINYA. Semoga semakin menambah HIKMAH dari ‘percikan’ HIJRAH ku….Insya-Allah~

kategOri:
taarUf
pUasa yang masih "gitu-gitu"
"Bang.. ramadhan datang lagi, adakah puasa kita masih gitu-gitu?" keluh isteri.
"Gitu-gitu macam mana?" tanya si suami.
"Macam biasalah, setakat berlapar. Bersahur, berbuka, bertadarus, berterawih..."
"Tahun ni kita buat peningkatan," balas si suami.
"Nak mula di mana?"
"Kita mula dengan yang paling mudah dahulu. Mula dengan mengubah pandangan tentang puasa," jawab suami pasti.
"Kenapa perlu mengubah pandangan?"
"Yalah, kalau kita nampak tepat, kita dapat pun tepat. Kalau kita nampak banyak, kita dapat pun banyaklah," jelas si suami.
"Apa selama ni kita tak nampak puasa dengan tepat?"
"Ramai yang tak nampak puasa dengan tepat."
"Macam mana tu?"
"Ada yang nampak puasa dari sudut ekonomi, kesihatan, sosial malah politik pun ada. Bagaimana puasa boleh menambah atau menyusutkan pendapatan. Bagaimana kesan puasa pada kesihatan. Bagaimana tradisi Ramadhan boleh dijadikan platform untuk meraih pengaruh..macam-macam lagi"
"Tapi sekarang ni dah ramai yang menunggu puasa Ramadhan untuk memburu pahala, fadhilat dan berkat yang berganda." balas si isteri.
"Bagi saya belum tepat"
"Tapi tak salah kan?"
"Tak tepat bukan bererti salah.."
"Jadi yang tepatnya bagaimana?"
"Perlulah rujuk kepada Tuhan yang memerintahkan puasa."
"Kena rujuk al-Quran..."
"Al-Baqarah ayat 83. Ringkasnya, puasa di perintahkan kepada oarang beriman untuk membina takwa."
"Cuba abang jelaskan"
"Suatu perintah mesti dipandang mengikut tujuan ia diperintahkan. Puasa mesti dipandang sebagai mekanisme takwa. Puasa untuk membina takwa. Itu yang utama!" tegas si suami.
"Jadi takwa itu dulu perlu dijelaskan. Biasalah orang sebut istilah takwa tapi masih tak difahami betul-betul."
"Takwa dari kata asal waqa atau wiqayah. Ertinya, berhati-hati atau mencegah. Jadi makna mudahnya, orang bertakwa ialah orang yang sangat berhati-hati."
"Berhati-hati yang macam mana?"
"Berhati-hati dengan dua hukum Tuhan. Pertama, hukum dinullah-halal, haram, sunat, makruh dan harus-yang dikenakan kepada manusia. Kedua, hukum sunatullah-hukum 'sebab dan akibat'-yang dikenakan kepada seluruh ciptaan-Nya."
"Wah, ni payah nak faham bang!" pintas isteri berterus terang.
"Lebih baik cuba difahamkan, kata nak buat peningkatan? Jika tidak, Islam akan terus di salah faham"
"Okeylah...apa kaitan puasa dengan hukum dinullah?"
"Banyak perkara halal yang ditegah semasa kita berpuasa. Makan, minum, bersetubuh...antaranya. Kalau yang halal pun dapat kita tinggalkan sepanjang siang Ramadhan, sepatutnya kita lebih mudah meninggalkan perkara yang haram pada bulan yang lain. Jadi puasa adalah latihan meninggalkan terus perkara yang haram!"
"Lagi?"
"Puasa adalah latihan menjaga amalan wajib dan sunat. Dua puluh rakaat Tarawih pada bulan Ramadhan yang terus-menerus tentunya memudahkan kita menjaga solat lima waktu tujuh belas rakaat secara berkala. Misalnya, kalau kita mampu luangkan masa satu jam tadarus Al-Quran, takkanlah berat sangat nak luangkan beberapa minit membaca Al-Quran pada bulan yang lain"
"Ya tak ya juga bang. Tapi kenapa ya...tak jadi pula macam tu" tanyanya lagi.
"Sebab kita tidak lihat puasa sebagai bulan latihan. Kita tak terasa kita berlatih. Lebih tepat lagi kita tak terasa yang kita sedang bermujahadah dan melatih jiwa kita. Inilah aspek teras puasa yang selama ni terlindung oleh aspek rutinnya."
Isterinya diam.
"Awak tak tanya tentang hukum sunatullahnya?"
"Oh, terlupa saya.."
"Tulah yang selalu kita lupa. Orang bertakwa bukan sahaja berhati-hati dengan hukum dinullah, tapi mereka juga sangat berhati-hati dengan hukum sebab dan akibat. Jadi, mereka sentiasa berusaha keras melahirkan sebab-sebab untuk berjaya dalam hidup. Mereka rajian dan bekerja kuat. Mereka patuh pada hukum ini, justeru ni juga hukum Tuhan. Malangnya, ramai umat Islam yang taat hukum dinullah tapi membelakangkan hukum sunatullah dan sebaliknya."
"Yang abaikan kedua-dua hukum pun ramai" tambahnya.
"Jika ketaatan kepada hukum dinullah melahirkan pembangunan rohani, ketaatan kepada hukum sunatullah pula melahirkan pembangunan material." ujar si suami.
Si isteri terus diam. agaknya, bicara si suami sudah over daripada maksud keluhan awal perbualan awal tadi.
"Agak awak puasa umat Islam selama ni dah berjaya ke ;ahirka peribadi bertakwa?" soal suami menguji kefahamannya.
"Belum. Terlalu jauh." jawab si isteri.
"Kenapa?"
"Sebab pembangunan rohani kita tak tinggi dan pembangunan material kita pun tak setara mana. Umat islam hari ni tak berjati-hati lagu dengan hukum dinullah dan sunatullah." jawabnya.
Terkejut suami. Diam-diam si isteri faham. Jangan memandang rendah pada wanita, hati suami berbisik.
"Baiklah,pandangan kita tentang puasa dah berubah. Lepas tu?" tanya isteri.
"Alhamdulillah..semoga kita tak di belenggu lagi oleh masalah beramal tanpa ilmu. soal selanjutnya ialah bagaimana nak lepas dari masalah berlimu tanpa beramal."
"Ini tentu lebih payah."
"Tentu, kerana ia menyentuh bukan sahaja soal tanggapan dan kefahaman, tapi soal penghayatan dan mujahadah yang menyentuh elemen dalaman-akal, hati dan nafsu. Juga melibatkan soal benih, pokok dan buah daripada puasa itu sendiri."
"Puasa ada benih, pokok dan buah?" tanya si isteri.
Kata-kata itu mengusik si suami. Ya! terasa puasa masih asing bagi kita walaupun sudah puluhan tahun berpuasa. Lalu tak hairanlah jika puasa kita terus dilanda budaya "gitu-gitu", bukan budaya "betul-betul"
"Kenapa bang?"
Suami terus terdiam. Inilah nasib Islam,agama yang mudah tetapi kini sudah semakin sukar difahami dan diamalkan. Ya, yang mudah pun menjadi payah apabila sering di permudah-mudahkan!
[Catatan karya "Nota hati seorang Lelaki"]

----------------*********------------------
Salam Ramadham Al-Mubarak untuk semua. Semoga kita dapat mengambil sedikit muhasabah dari karya ini untuk persediaan Ramadhan kita kali ini. Insya Allah! Berhijrahlah kita dari puasa yang "gitu-gitu" ke puasa yang "betul-betul", pasti diperoleh dengan lebih nikmat hikmahnya..ameennn..
kategOri:
yOk keNaL pUase "betul-betul"
abOut dis bLog~~~
Salam hijrah buat pengunjung blog ini.
Syukran untuk masa yang diluangkan. Semoga terdapat sedikit perkongsian melalui catatan blog ini. Blog ini bukan penulisan dari kerahan keringat saya sendiri, saya mungkin tidak atau belum dikurniakan bakat untuk menulis sendiri catatan-catatan tarbiyah di blog ini. Niat utama menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi petikan tarbiyah yang boleh mendidik hati-hati kita. Saya cuba berkongsi petikan-petikan mendidik yang saya baca dari pelbagai sumber. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya, maka jadikan ia sebagai peringatan buat kita insan yang sering lupa dan perlu diingatkan selalu (saya juga), dan mungkin ada yang tidak pernah membacanya, maka marilah berkongsi pengajaran darinya bersama-sama. Insya-Allah! terdapat tarbiyah yang sangat mendidik jiwa atau mungkin boleh membuat kita tersentap dan bertanya tentang sejauh mana iman kita pemikiran kita berfikir ke arah itu. maka, ayuhlah bermuhasabah selalu, dan seterusnya bersama melakukan 'hijrah' dalam hari-hari kita. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa ingin menambahkan ilmu-Nya dan sentiasa tanpa lelah mencari redha Allah!
kategOri:
taarUf
Subscribe to:
Posts (Atom)