Sepatutnya dah selesai..kata dah kosong-kosong. Ni tidak, masih ungkit-ungkit lagi. Raya baru ni dah maaf2 da, lepas raya dah nak sengketa lagi?
Kenapa ek jadi cam tu?
Maaf ni kerja hati., kerja tangan atau kerja lidah?
Semuanya maybe..
Em..Betul! Mulut mengucapkan, tangan bersentuhan, hati merelakan..mase kita mintak maaf yang dulu2. kite buat ketiga-tiganya tak? tepuk dada tanya iman k
Kerelaan di hati tu yang penting. Hati tu raja dalam diri. Tangan dan mulut hanya 'orang suruhan' saja. kalau raja tak rela, tak cukuplah syarat maaf kita.
Sebaiknya, kita menyebut apa salah kita pada dia, barulah dia boleh buat keputusan sama ada nak maafkan kita atau tidak.
Laaa...Malulahhh...
Kita boleh malu depan manusia lain, tapi jangan malu pada dia yang patut kita mintak maaf.
Hai seganlahhh...
Kalau segan, itu bukanlah minta maaf dalam erti kata sebenar. Jadi patutlah kalau dia ungkit kembali...
Tapi, semua oranag tak buat gitu? Main salam dan sebut maaf..maaf.. maaf je? Takkan kita nak buat lain macam pulak. nak sebut satu-satu salah kita..Ei..susahlaahhhh...
Memanglah susah. Sebab tu ganjaran Allah kepada mereka yang minta maaf ni sangat tinggi. Yang susahnya bukan nak sebut, nak salam, tapi nak tekan ego di hati kita kan. Mengaku yang kita ni bersalah..yang tulah yang paling berat..
Cer citer cket macam mana cara sebenar bermaafan dalam Islam..?
Okeyy, Tapi janji leh amalkan...
Insya Allah! Untuk diri sendiri juge
Kita cerita pasal yang lebih global k, Nak cerita pasal taubat. Bermaaf-maafan ni satu juzuk daripada taubat. Baiklah. Hal yang kita bincangkan tadi melibatkan dosa kan? Betul tak?
Emm, Dosa terhadap kawan, saudara mara.. dan lain2..
Dosa manusia sesama manusia. Dosa dengan manusia kalau kita nak taubat perlu tempuh empat syarat..
Pertama; menyesal
Kedua; berhenti melakukannya
Ketiga; tidak mengulanginya
Keempat; bayar atau ganti semula atau...
Maaf! yang keempat tu tak berapa faham...
Ya lah! sebab dosa kita terhadap manusia terbahagi kepada empat. Ada yang mengenai hartanya, agamanya, keluarga dan dirinya.
Hmmm....Terasa sangat budaya bermaaf-maafan sempena Hari Raya ni tak berapa betul.. Setakat berjabat tangan dan kata maaf tu jauh sangat dari taubat...
Eh! jangan gitu! Dah betul..tapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Kita kena hidupkan budaya taubat, tak cukup sekadar budaya bermaaf-maafan..
Tapi istilah taubat tu tak glamour sikit.. Selalu taubat ni orang kaitkan dengan Tuhan.
Itulah tujuannya, Nak kaitkan semuanya dengan Tuhan. Bila sebut taubat, terasa ada kaitannya dengan Tuhan.
Nak satu kunci?
Kunci apa?
Kunci perhubungan sesama manusia. JIka manusia sama manusia nak harmoni, maka tauhid wajib dijadikan asa dalam perhubungan. Nak minta maaf, perlu ada rasa tauhid. Untuk menundukkan keegoan dirinya. Orang yang merasa kebesaran Allah sahaja dapat menundukkan keegoan dirinya. Begitu juga prang yang nak mintak maaf.. Bila terasa Allah yang Maha Besar pun sanggup memaafkan insan, maka siapa pula kita yang kerdil ni untuk tidak memberi maaf! think it
Budaya maaf sinonim dengan musim raya. Tapi budaya taubat..KENA SEGARA!
MAAFkan agar diMAAFkan
MEMBERI maaf kekadang lebih sukar daripada MEMINTA maaf.
Sukar kan? Kenapa, apa yang dibaca dalam Quran dan hadis susah benar nak dipraktikkan.
Benar! membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu tidak dipraktikkan.
Apabila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya.
Ego terhenyak.
Rasa marah tertekan.
Mampukah diri memaafkan ketika berkuasa membalas?
Forgive and forget?
Wah, jauh sekali!
Nak lupakan?
Nak maafkan pun sukar!
"Orang yang tidak memafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit! Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"
Aku diam. Berfikir. Ya! Rupanya aku sedang sakit.
"Mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, engkau ego! Rasa besar diri! Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya."
hmmmm...aku menunduk hiba,malu pada Yang Esa. Aku ego?
"Allah lagi Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya?
Kenapakah kau rasa "besar"? Kaukah yang berikan rezeki pada dia? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah! Allah yang berika dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?"
Sekali lagi terhenyak.
Sekali lagi hati terhenyak. Ya Allah,, apa yang aku dah lakukan...
"Cuba bayangkan, kasih sayang Allah. Kalu seseoarang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"
Alasanku tidak memaafkannya ialah kerana sakitnya kata-kata. Ya! sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hatiku menusuk, siapa besar?
"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pasir di pantai, seluas air di lautan,Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya!
Aduh! kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa dengan Yang Esa. Apakah alasan kitauntuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia."
"Maafkanlah dosa sesama kita, agar mudah bicara kira kita di mahkamah keadilan-Nya. Allah Maha Penyayang! suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."
Ya Rabb... Terima kasih atas limpah rahmat-Mu yang memberikan ku kesempatan untuk kembali sedar akan kekerdilan diri ini. Aku hamba yang lemah, hamba yang sering lalai, sering lupa, dan sering salah dalam tindakan dan keputusanku, kerana itu..aku mohon sentiasalah Kau peliharaku, berikan aku petunjuk-Mu Ya Rabbi Ya Karim...
Alhamdulillah..kini saya SIHAT! kerana sudah MEMAAFKAN dan MELUPAKAN,,dan saya merasa BEBAS! kerana sudah mengIKHLASkan.Insya Allah =)

kategOri:
Suntikan Jiwa
di ambang syawal
Bila tiba hari raya
Syukur ku pada Yang Esa
Hari meraikan anugerah Allah
Buat yang beriman
Takbir dan Tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari raya
Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Ramadhan yang pergi
Terangkatlah rahmat
Keampunan dan barakah
Sebulan berlalu
Aku sering alpa
Beribadah tapi leka
Bersuakah lagi
Ajal ku tak pasti
Amalan ku oh Tuhan terimalah
Ku insafi dosa
pada Maha Esa
Pada ayah
juga bonda
ku pohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah
Ya Rabbi.....
Restukanlah
Illahi...
Ampunkanlah
kategOri:
yOk keNaL pUase "betul-betul"
ucapan KERINDUAN ramadhan KEMENANGAN syawal~
~sebak meniti hari2 perpisahan dengan bulan barakah ini, Ya Allah! apakah terganda amalan ku dari puasa2 yg sebelum ni, Ya Rabb..apakah aq berkesempatan merebut lagi maghfirah-Mu di Ramdhan akan datang! Ya Rahmann, sesungguhnya engkaulah tuhan yang Maha Bijaksana dalam menentukan takdir hamba-Mu yang lemah ini.. Puasa kita MUNGKIN SAH dr FIQAHnya, tapi BELUM PASTI ianya DITERIMA ALLAH! Penerimaan inilah yang patut kita raih dari-Nya.. Semuga sahabat semua tergolong dari insan-insan yang sentiasa mendapat HIKMAH dari Ramadhan kali ni, dan mencipta langkah HIJRAH hasil dari didikan di madrasah ramadhan ini,, ameennn! Insya Allah!~
SAHABATku...
biarpun aku bukannya angin yang mampu mendinginkan pantai hatimu,
bukannya tanah..mampu disemai benih segalanya,
bukannya bintang yang mampu bersinar terus dikamar kehidupanmu,
namun aku adalah SAHABATMU!
akan sentiasa ada sekiranya kau memerlukan diriku!
Jutaan terima kasih atas segala yang tercipta antara kita
aku begitu SENANG dengan SIKAPMU
SENANG dengan segala yang ADA PADAMU
dan aku sungguh-sungguh berbahagia memiliki SAHABAT SEPERTIMU
sahabat yang dapat memahami
perasaan dan sikapku dan
ingin ku nyatakan di sini...
KAULAH SAHABAT AKU yang PALING BEST sekali! =)
Ya Allah! tika kau hadiahkan aku sahabat,
Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu,
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku,
Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku,
peniup semangat jihadku,
saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu,
Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu,
Teguhnya atas cintaMu,
Dilindungi dari maksiat dan hal2 yang melalaikan kami dari mengingatiMu,
Ya Allah! bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu,
kerana...AKU SAYANG SAHABAT2 ku ini,,
Ku bisikan pada TUhan yang Esa,
Lindungilah temanku ini,
diSETIAP LANGKAHnya,
diSETIAP NAFASnya,
diSETIAP KELIP MATAnya,
diSETIAP DEGUP JANTUNGnya,
Banyak yang ingin ku pohon dan ku harapkan untuk dia, sahabat2ku,,
TAPI..
jika SATU sahaja yang DIMAKBULKAN oleh-Nya,
maka KAU lindungilah IMAN di HATInya!
kerana dengan IMAN yang ada, temanku pasti SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT! Ameennnn~~~
sambutlah kedatangan lebaran dengan penuh kesyukuran kerana masih diberi kesempatan, DAN dengan penuh rasa tunduk dan malu berfikir, adakah layak kita beraya sebagai HAMBA-Nya yang BERIMAN yang diberi KEMENANGAN di aidilfitri ini,,Insya Allah!
salaam aidilfitri maaf ZAHIR BATIN dari saye, insan yang lemah, penuh dengan kesalahan, mohon di maafkan segala yg kekurangan, supaya pahala saya tak ditarik akhirat nanti kerana sakitnya kamu dari perbuatan saye, MAAFKAN SAYA!
ikhlas,
FajriyatulHIJRAH
kategOri:
taarUf
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Allahuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah!
SYUKRAN Ya Allah Ya Rabb..
Nikmat umur yang kau berikan untuk aq menikmati sambutan malam ramadhan ini sungguh besar ertinya bagiku Ya Rahman...aq masih diberi kesempatan merasai keheningan malam menanti bulan mulia-Mu Ya Allah..
Kini tinggalku menghitung jam harianku, apakah aq masih sempat untuk merasai kebesaran berkatnya SAHUR yang cuma ada di bulan ramadhan-Mu Ya Allah! Kemudian terus memikir apakah aq sempat menyambut lagi kenikmatan BERBUKA sambil mengharap amalan puasa ku diterima-Mu..Ya Allah, semua itu terletak dalam pengetahuan-Mu Tuhan, aq sebagai hamba-Mu yang lemah hanya meletakkan sepenuhnya harapan pada-Mu.
Impian Ramadhan? Hamba-hamba Allah yang berilmu pasti meletakkan impian untuk memiliki Ramadhan terbaik kali ini dari yang sebelumnya. Masya-Allah! Tak semuanya diberi kesedaran bahawa Ramadhan itu mempunyai pelbagai hikmah di dalamnya. Lalu....Apakah aq tergolong dalam hamba-Mu yang berilmu itu Ya Rabb, yang mengharapkan Ramadhan ini menjadi yang lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini??
Ya Allah... sesungguhnya jauh di benak hatiku itulah impianku buat Ramadhan kali ini Ya Allah! Aq takut ini Ramadhan yang terakhir bagiku atau sempatkah aq menghabiskan Ramadhan-Mu kali ini Ya Allah..
Aq tidak mahu 'tertinggal' lagi dalam menikmati kebesaran-kebesaran yang Kau berikan tanda sayang-Mu dalam bulan Ramadhan mulia ini. Aq ingin terus mengejarnya dan ingin menetapkannya sebagai amalan harianku di bulan lain jua Ya Allah! Kau yang mampu mencampakkan keikhlasan dalam hatiku untuk beribadah kepada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah aq selalu Ya Allah...
Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, nescaya Alalh akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka" (Riwayat Ibn Majah)
Sama-samalah kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang di pandu dan sentiasa merasai rasul-Nya sentiasa di sisi, juga jadilah hamba Allah yang hina dan tak layak agar kita mendapat kasih sayang-Nya! Maka, perkayakanlah ibadahmu pada-Nya agar kita tak terlepas lagi dan terus terlepas nikmatnya ramadhan kareem...
Maafkan segala salah silap yang telah menghiris hati. Mudah-mudahan silaturrahim kita sesama hamba Allah yang lain terus terjalin dan ber'hijrah' pada yang lebih baik. Maafkan dosa sesama kita agar mudah bicara kira di mahkamah keadilan-Nya. Allah Maha Pemaaf dan suka pada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.
Salam Ramadhan!
SYUKRAN Ya Allah Ya Rabb..
Nikmat umur yang kau berikan untuk aq menikmati sambutan malam ramadhan ini sungguh besar ertinya bagiku Ya Rahman...aq masih diberi kesempatan merasai keheningan malam menanti bulan mulia-Mu Ya Allah..
Kini tinggalku menghitung jam harianku, apakah aq masih sempat untuk merasai kebesaran berkatnya SAHUR yang cuma ada di bulan ramadhan-Mu Ya Allah! Kemudian terus memikir apakah aq sempat menyambut lagi kenikmatan BERBUKA sambil mengharap amalan puasa ku diterima-Mu..Ya Allah, semua itu terletak dalam pengetahuan-Mu Tuhan, aq sebagai hamba-Mu yang lemah hanya meletakkan sepenuhnya harapan pada-Mu.
Impian Ramadhan? Hamba-hamba Allah yang berilmu pasti meletakkan impian untuk memiliki Ramadhan terbaik kali ini dari yang sebelumnya. Masya-Allah! Tak semuanya diberi kesedaran bahawa Ramadhan itu mempunyai pelbagai hikmah di dalamnya. Lalu....Apakah aq tergolong dalam hamba-Mu yang berilmu itu Ya Rabb, yang mengharapkan Ramadhan ini menjadi yang lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini??
Ya Allah... sesungguhnya jauh di benak hatiku itulah impianku buat Ramadhan kali ini Ya Allah! Aq takut ini Ramadhan yang terakhir bagiku atau sempatkah aq menghabiskan Ramadhan-Mu kali ini Ya Allah..
Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, nescaya Alalh akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka" (Riwayat Ibn Majah)
Sama-samalah kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang di pandu dan sentiasa merasai rasul-Nya sentiasa di sisi, juga jadilah hamba Allah yang hina dan tak layak agar kita mendapat kasih sayang-Nya! Maka, perkayakanlah ibadahmu pada-Nya agar kita tak terlepas lagi dan terus terlepas nikmatnya ramadhan kareem...
Maafkan segala salah silap yang telah menghiris hati. Mudah-mudahan silaturrahim kita sesama hamba Allah yang lain terus terjalin dan ber'hijrah' pada yang lebih baik. Maafkan dosa sesama kita agar mudah bicara kira di mahkamah keadilan-Nya. Allah Maha Pemaaf dan suka pada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.
Salam Ramadhan!
kategOri:
yOk keNaL pUase "betul-betul"
madah RAMADHAN
Perkataan yang cantik ALLAH
Lagu yang merdu AZAN
Novel yang bagus AL-QURAN
Senaman yang baik SOLAT
Diet yang mujarab PUASA
Andai kata semua harta yang kita miliki adalah racun, maka ZAKATlah penawarnya.
Jika seumur hidup kita adalah dosa, maka TAUBAT DAN TAQWAlah ubatnya.
Jika seluruh BULAN adalah noda maka bulan RAMADHANlah peluang kita mensucikannya!
Ketenangan ada dalam IMAN
bahagia ada dalam REDHA
damai jiwa ada dlam ZIKRULLAH
TABAH dan SABAR ada dalam RAMADHAN
Maka...Kutiplah sebanyak-banyak 'mutiara' TABAH dan SABAR itu agar kita lebih terdidik dalam menjalani hidup di bulan-bulan lain hasil dari didikan 'madrasah' RAMADHAN!
Sesungguhnya ramadhan itu adalah latihan sebaik-baik latihan agar kita mampu memiliki walaupun sepercik 'hijrah' untuk menjadi sebaik-baik hamba-Nya!
kategOri:
yOk keNaL pUase "betul-betul"
"Selamat PENDEK UMUR"
Selamat pendek umur!
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
Kenapa?? Kenapa di hari ulang tahun kelahirannya, saya mengucapkan ucapan ITU?
Yalah...bukankah tarikh kematian telah dditetapkan Allah di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.
Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita?
YA! Setapak lagi kita dekat dengan kematian tiap kali tiba hari kelahiran kita.
pelik kan? Selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup, kejayaan,pencapaian. Sekarang, bercakap mengenai kematian pula.
Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan "mati".
Kenapa??
Hukama' berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak hidup!
Untuk apa kita mati?
Untuk HIDUP!
Mati untuk hidup?
Ya, mati bukanlah satu pengakhiran tapi hanya satu permulaan.
Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi (alam akhirat).
Kata-kata Umar Ibn Aziz;manusia diciptakan untuk hidup selamanya! Hidup lepas mati itulah hidup yang hakiki!
Jadi, hidup UNTUK MATI, mati UNTUK HIDUP!
Jika demikian, apa ada pada umur?
Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji.
Umur itu juga relatif!
Ya, panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.
Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.
Imam Nawawi, pendek umurnya tapi 'panjang' ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi'i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad.
Jadi, petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa.
Harta boleh panjangkan umur..sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah.Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur..hubungkan silaturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.
Apa rahsia kejayaan orang yang 'panjang' umur tu ek?
Mereka sedar tentang TUJUAN! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.
Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!
Surah Al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid.
Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini 'mati' kerana terlalu mencintai hidup.
Apapun, saya tetap ucapkan 'selamat panjang umur' sempena hari lahir sahabat saya. Maksud 'panjang umur' berbeza.. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat menambahkan sedekan, selamat menambahkan RASA TAKUT KEPADA ALLAH! Itulah maksud SELAMAT PANJANG UMUR buatmu sahabat. =)
kategOri:
Suntikan Jiwa
IKHLAS itu BEBAS
"Ikhlas itu 'khalas', dalam bahasa arab ertinya habis, licin-licau, sehabuk pun tak ada."
"Ertinya, orang yang ikhlas tu tak de satu apa pun di hatinya melainkan Allah. Dia berbuat kerana dan untuk Allah semata-mata."
Apa dia rahsia kegagalan?
Pelik, selalunya orang lebih tertarik dengan rahsia kejayaan berbanding rahsia kegagalan.
Siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya.
Apa dia rahsia kegagalan?
Cuba menyukakan hati semua orang!
Kenapa?salahkah cuba menyukakan hati semua?
Tak salah! tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Justeru, siapa yang cuba meyukakan hati semua orang akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.
Jadi, awak mesti IKHLAS!
Apa kaitannya IKHLAS dengan RAHSIA KEGAGALAN?
Orang IKHLAS akan BERJAYA. Orang yang TIDAK IKHLAS akan GAGAL.
Mengapa?
Orang yang ikhlas ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Orang yang tidak ikhlas punya ramai 'tuhan-tuhan' kecil untuk dijaga.
Maksudnya, orang yang ikhlas hanya berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah yang SATU. Sedangkan orang yang tidak ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan ramai manusia.
Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah! Insya-Allah, Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan!
Tapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semuanya akan benci. Dan itulah punca kegagalan.
Orang IKHLAS itu BEBAS!
Jadi orang yang ikhlas. Jadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya.
Secara mudah, apa sahaja yang Allah tetapkan WAJIB maka kita lakukan walaupun mungkin orang lain tidak suka. Yang HARAM kita tinggalkan, walaupun orang lain tidak suka. Yang penting bukan kesukaan MANUSIA, tapi kesukaan ALLAH!
Tapi...kalau semua mereka tak suka macam mana?
Insya-Allah! ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah.
Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah! Cinta yang satu akan menyatukan manusia.
Tapi tak semua kan suka kita? Itulah problemnya!
Jika kamu semua diberi pilihan untuk disukai oleh dua orang manusia, pertama manusia yang disukai Allah, kedua manusia yang dibenci Allah, yang mana akan anda pilih?
Pasti akan memilih untuk disukai oleh orang yang disukai Allah kan..
YA! Itulah jawapannya.Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak bermanfaat. Bencinya tidak memberi mudarat. Kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. Insya-Allah! Nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai Allah juga. Dan itulah RAHSIA KEJAYAAN kita! Mudah-mudahan saya IKHLAS dalam berkongsi entri mengenai IKHLAS ini.. =)

19 ramadhan,19 ogos
"MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah."
(Wasiat Imam al-Ghazali)
"Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarilah rumah mereka agar kamu menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah swt menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu."
(Wasiat Lokman al-Hakim)
"Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya."
(Wasiat Lokman al-Hakim)
"Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti."
(Wasiat Saidina Ali r.a)
"Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan yang berlebihan sehingga itu rosak."
kategOri:
mutiara kata
perjuangan KITA menuju REDHA-NYA
p/s : juz klik kat pic ni, then leh nampak n bace isi nye dengan JELAS, tinkiu cahaya cOz saye dapat news ni melalui entri dye..tQ! dis KLIK tOk lebih lanjut
kategOri:
Suntikan Jiwa
Luasnya NERAKA
Yazid Ar-Raqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata : "Jibril datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya."
Maka ditanya oleh Nabi s.a.w : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya : "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, aka tidak layak bagi orang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar, dan seksaan kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu Nabi s.a.w bersabda : "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat Jahanam."
Jawabnya : "Ya! ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka tergantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campu nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w bertanya : "Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya : "Tidak! Tetapi ianya selalu terbuka setengahnya di bawah dari lain-lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalannya 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda," (lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w : "Siapakah penduduknya di setiap pintu itu?"
Jawab Jibrail a.s : "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga, tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam, tempat orang nasara bernama Saeir."
Kemudian Jibril a.s diam segan pada Rasulullah s.a.w sehingga ditanya : "Mengapa tidak engkau terangkan pintu yang ketujuh?"
Jawabnya : "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril a.s meletakkan kepala Nabi s.a.w dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda : "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya : "Ya! iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu"
Kemudian Nabi s.a.w menangis, Jibril turut menangis, kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat, Baginda selalu menangis dan memohon kepada Allah swt.
-------------------*********--------------------
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkan kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
[Surah al-Baqarah : 159]
Semoga kita tidak tergolong dari umat Nabi s.a.w yang melakukan dosa besar dan tidak sempat bertaubat sebelum ajalnya tiba. Ameennn~
kategOri:
keHEBATan PENCIPTAku
PERCAYALAH, heart is at PEACE!
When you're searching for the light
And you see no hope inside
Be sure and have no doubt
He's always close to you
He's the one who knows you best
He know what's it your heart
You'll find you peace at last
If you just have faith in Him
You're are always in our hearts and minds
Your name is mentioned everyday
I'll follow you no matter what
My biggest wishes is to see you one day
I believe
I believe
Do you believe? Do you believe?
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was mercy for mankind
A teacher till the end the time
No creature could be compare to him
So full of light and blessing
You're are always in our hearts and minds
Your name is mentioned everyday
I'll follow you no matter what
My biggest wishes is to see you one day
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let his love flow through
I believe! I believe! I believe! I believe!
And now I feel my heart is at peace
--------------*********----------------
"Serahkan dirimu sepenuh hati kepada-Nya, maka ALLAH akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan"
[al-Qardhawi]
kategOri:
cinta UTAMA~
Subscribe to:
Posts (Atom)