Salaam Ramadhan kareem semua! Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk saya dan sahabat lain terus menjalani didikan tarbiyah di madrasah ramadhan ini. Genap 13 ramadhan untuk hari ini, dan menanti apakah kita berkesempatan melangkah, merasai, menikmati indahnya ramadhan ke 14 dan seterusnya.. Insya Allah! Allah memberi kita peluang untuk merebut seluas-luas maghfirah-Nya di bulan rahmat ini.
Setelah beberapa hari sunyi blog ni tanpa entri, kali ni entrinya RINGKAS dan Insya Allah, masih dapat memberi sedikit tarbiyah. Sekadar ingin berkongsi lirik lagu yang diperkenalkan oleh ukhti saye,=).. dan secara peribadi telah menjadi pemangkin semangat saye dan merasakan Allah MAHA BAIK dan luasnya SAYANG Allah pada hamba-Nya..
yOk! bersama kita hayati setiap bait liriknya..=)
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu =)
-----------------------*********------------------------
Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Tuhan. Insya Allah kita akan mendapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Percayalah! Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan. Apabila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Apabila kesenagan bertamu, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Ingat! Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia! MAKA, berSYUKURlah dengan UJIANmu!
0 comments:
Post a Comment