Selamat pendek umur!
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
Kenapa?? Kenapa di hari ulang tahun kelahirannya, saya mengucapkan ucapan ITU?
Yalah...bukankah tarikh kematian telah dditetapkan Allah di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.
Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita?
YA! Setapak lagi kita dekat dengan kematian tiap kali tiba hari kelahiran kita.
pelik kan? Selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup, kejayaan,pencapaian. Sekarang, bercakap mengenai kematian pula.
Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan "mati".
Kenapa??
Hukama' berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak hidup!
Untuk apa kita mati?
Untuk HIDUP!
Mati untuk hidup?
Ya, mati bukanlah satu pengakhiran tapi hanya satu permulaan.
Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi (alam akhirat).
Kata-kata Umar Ibn Aziz;manusia diciptakan untuk hidup selamanya! Hidup lepas mati itulah hidup yang hakiki!
Jadi, hidup UNTUK MATI, mati UNTUK HIDUP!
Jika demikian, apa ada pada umur?
Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji.
Umur itu juga relatif!
Ya, panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.
Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.
Imam Nawawi, pendek umurnya tapi 'panjang' ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi'i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad.
Jadi, petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa.
Harta boleh panjangkan umur..sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah.Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur..hubungkan silaturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.
Apa rahsia kejayaan orang yang 'panjang' umur tu ek?
Mereka sedar tentang TUJUAN! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.
Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!
Surah Al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid.
Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini 'mati' kerana terlalu mencintai hidup.
Apapun, saya tetap ucapkan 'selamat panjang umur' sempena hari lahir sahabat saya. Maksud 'panjang umur' berbeza.. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat menambahkan sedekan, selamat menambahkan RASA TAKUT KEPADA ALLAH! Itulah maksud SELAMAT PANJANG UMUR buatmu sahabat. =)
3 comments:
nak gune gak lah 'selamat pendek umur'...^^
Yup.. usia yg brtambah smakin mndekatkan kita kpd kematian.. SALAM AIDILFITRI maaf zahir & batin.. :-)
qudwa : gune laa...semoga apa jua bicara kita mengingatkan kita pada Allah,=)
reza : yerk! SALAM AIDILFITRI juge,,semOga kita meninggalkan ramadhan dengan rase penuh kerinduan dan menjadi hamba yg layak memperoleh kemenangan di SYAWAL nty, =)
Post a Comment