-->
skip to main | skip to sidebar
..::ceritaHATIgadisHIJRAH::..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

setIap detik bersama ALLAH


Showing posts with label Suntikan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Suntikan Jiwa. Show all posts

bersedialah untuk TIDAK DIHARGAI

Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?

Mengapa?

Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama.

Kita tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu. Kalaui kita dihargai kerana pangkat, harta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tapi untuk pangkat, harta dan nama.

Jangan mengharap terima kasih . Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih.  Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula sesama manusia.

Tapi.. sedih bila tak dihargai...itu sahaja.

Lupakan. jangan sedih kalau kita tak dihargai manusia tapi bersedihlah jika diri kita benar-benar tidak berharga.

apa maksudnya?

Ada dua cerita santai berkaitan topik ini,

Pertama 
Cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

"Selamat datang ulama', selamat datang orang alim, ajarkan kami..ajarkan kami.."sorak penduduk kampung.
"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"
"Kerana serban besar yang tuan pakai"

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

"Nah! Sekarang kamu semua belajar daripada keldaiku." Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar."

Nasiruddin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita seharusnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri.

Betul ke??

Hasil kajian pakar psikologi, menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita.

Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri. Begitu maksudnya?

Cerita kedua
Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian. Dia mengenakan pakaian mahal dan gemerlapan lalu pergi semula ke majlis tersebut. Kali ni dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya.

"Mengapa?" tanya orang ramai.

Si bijak pandai menjawab. "Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!"

Orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. life is to complete not to complete - hidup bukan satu pertandingan, tapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama, dan jawatan. Kita teruskan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!

Kita ini bukan orang terbaik, tapi kita mesti menghargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.

Ertinya bertanding dengan diri sendiri?

Betul tu. Bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang lain.

*Alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia...hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Kisah seorang petani dengan seorang raja..
"Siapa kamu?" tanya raja kepada si miskin.
"Saya raja!" jawab si petani.
"Raja?" ujar raja kehairanan.
"Ya! raja pada diri saya sendiri."

perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Tuesday, September 06, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa

MAAFkan agar diMAAFkan

MEMBERI maaf kekadang lebih sukar daripada MEMINTA maaf.
Sukar kan? Kenapa, apa yang dibaca dalam Quran dan hadis susah benar nak dipraktikkan.
Benar! membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu tidak dipraktikkan.
Apabila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya.
Ego terhenyak.
Rasa marah tertekan.
Mampukah diri memaafkan ketika berkuasa membalas?
Forgive and forget?
Wah, jauh sekali!
Nak lupakan?
Nak maafkan pun sukar!


"Orang yang tidak memafkan, akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit! Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

Aku diam. Berfikir. Ya! Rupanya aku sedang sakit.

"Mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, engkau ego! Rasa besar diri! Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya."

hmmmm...aku menunduk hiba,malu pada Yang Esa. Aku ego?

"Allah lagi Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya?


Kenapakah kau rasa "besar"? Kaukah yang berikan rezeki pada dia? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah! Allah yang berika dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?"

Sekali lagi terhenyak.

Sekali lagi hati terhenyak. Ya Allah,, apa yang aku dah lakukan...

"Cuba bayangkan, kasih sayang Allah. Kalu seseoarang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih  dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"

Alasanku tidak memaafkannya ialah kerana sakitnya kata-kata. Ya! sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hatiku menusuk, siapa besar?

"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pasir di pantai, seluas air di lautan,Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya!


Aduh! kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa dengan Yang Esa. Apakah alasan kitauntuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia."


"Maafkanlah dosa sesama kita, agar mudah bicara kira kita di mahkamah keadilan-Nya. Allah Maha Penyayang! suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

Ya Rabb... Terima kasih atas limpah rahmat-Mu yang memberikan ku kesempatan untuk kembali sedar akan kekerdilan diri ini. Aku hamba yang lemah, hamba yang sering lalai, sering lupa, dan sering salah dalam tindakan dan keputusanku, kerana itu..aku mohon sentiasalah Kau peliharaku, berikan aku petunjuk-Mu Ya Rabbi Ya Karim...

Alhamdulillah..kini saya SIHAT! kerana sudah MEMAAFKAN dan MELUPAKAN,,dan saya merasa BEBAS! kerana sudah mengIKHLASkan.Insya Allah =)


perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Sunday, August 28, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa

hijrah+dakwah=redha Illahi






perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Friday, August 26, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa

"Selamat PENDEK UMUR"




Selamat pendek umur!
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.

Kenapa?? Kenapa di hari ulang tahun kelahirannya, saya mengucapkan ucapan ITU?

Yalah...bukankah tarikh kematian telah dditetapkan Allah di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.

Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita?
YA! Setapak lagi kita dekat dengan kematian tiap kali tiba hari kelahiran kita.

pelik kan? Selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup, kejayaan,pencapaian. Sekarang, bercakap mengenai kematian pula.

Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan "mati".

Kenapa??

Hukama' berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak hidup!

Untuk apa kita mati?

Untuk HIDUP!

Mati untuk hidup?

Ya, mati bukanlah satu pengakhiran tapi hanya satu permulaan.
Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi (alam akhirat).
Kata-kata Umar Ibn Aziz;manusia diciptakan untuk hidup selamanya! Hidup lepas mati itulah hidup yang hakiki!

Jadi, hidup UNTUK MATI, mati UNTUK HIDUP!

Jika demikian, apa ada pada umur?
Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji.

Umur itu juga relatif!
Ya, panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.
Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.

Imam Nawawi, pendek umurnya tapi 'panjang' ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi'i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad.

Jadi, petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa.
Harta boleh panjangkan umur..sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah.Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur..hubungkan silaturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.

Apa rahsia kejayaan orang yang 'panjang' umur tu ek?

Mereka sedar tentang TUJUAN! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.

Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!

Surah Al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid.

Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini 'mati' kerana terlalu mencintai hidup.

Apapun, saya tetap ucapkan 'selamat panjang umur' sempena hari lahir sahabat saya. Maksud 'panjang umur' berbeza.. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat menambahkan sedekan, selamat menambahkan RASA TAKUT KEPADA ALLAH! Itulah maksud SELAMAT PANJANG UMUR buatmu sahabat. =)



perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Thursday, August 25, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa

IKHLAS itu BEBAS

"Ikhlas itu 'khalas', dalam bahasa arab ertinya habis, licin-licau, sehabuk pun tak ada."
"Ertinya, orang yang ikhlas tu tak de satu apa pun di hatinya melainkan Allah. Dia berbuat kerana dan untuk Allah semata-mata."
Apa dia rahsia kegagalan?

Pelik, selalunya orang lebih tertarik dengan rahsia kejayaan berbanding rahsia kegagalan.

Siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya.

Apa dia rahsia kegagalan?

Cuba menyukakan hati semua orang!

Kenapa?salahkah cuba menyukakan hati semua?

Tak salah! tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Justeru, siapa yang cuba meyukakan hati semua orang akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.

Jadi, awak mesti IKHLAS!

Apa kaitannya IKHLAS dengan RAHSIA KEGAGALAN?

Orang IKHLAS akan BERJAYA. Orang yang TIDAK IKHLAS akan GAGAL.

Mengapa?

Orang yang ikhlas ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Orang yang tidak ikhlas punya ramai 'tuhan-tuhan' kecil untuk dijaga.

Maksudnya, orang yang ikhlas hanya berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah yang SATU. Sedangkan orang yang tidak ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan ramai manusia.

Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah! Insya-Allah, Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan!
Tapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semuanya akan benci. Dan itulah punca kegagalan.

Orang IKHLAS itu BEBAS!
Jadi orang yang ikhlas. Jadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya.

Secara mudah, apa sahaja yang Allah tetapkan WAJIB maka kita lakukan walaupun mungkin orang lain tidak suka. Yang HARAM kita tinggalkan, walaupun orang lain tidak suka. Yang penting bukan kesukaan MANUSIA, tapi kesukaan ALLAH!

Tapi...kalau semua mereka tak suka macam mana?

Insya-Allah! ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah.
Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah! Cinta yang satu akan menyatukan manusia.

Tapi tak semua kan suka kita? Itulah problemnya!

Jika kamu semua diberi pilihan untuk disukai oleh dua orang manusia, pertama manusia yang disukai Allah, kedua manusia yang dibenci Allah, yang mana akan anda pilih?

Pasti akan memilih untuk disukai oleh orang yang disukai Allah kan..

YA! Itulah jawapannya.Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak bermanfaat. Bencinya tidak memberi mudarat. Kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. Insya-Allah! Nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai Allah juga. Dan itulah RAHSIA KEJAYAAN kita! Mudah-mudahan saya IKHLAS dalam berkongsi entri mengenai IKHLAS ini.. =)

perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Thursday, August 25, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa

perjuangan KITA menuju REDHA-NYA

p/s : juz klik kat pic ni, then leh nampak n bace isi nye dengan JELAS, tinkiu cahaya cOz saye dapat news ni melalui entri dye..tQ! dis KLIK tOk lebih lanjut
perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Friday, August 19, 2011
kategOri: Suntikan Jiwa
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

..::USIA gadisHIJRAH::..

Daisypath Anniversary tickers

Pelawat Singgah

 orang tengah jalan-jalan kat taman hijrah laa ^^

Pembaca Tintaku

Fan Page

Catatan Tintaku

  • ▼  2013 (4)
    • ▼  March (1)
      • aurat
    • ►  February (3)
  • ►  2011 (45)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (19)
    • ►  August (15)
    • ►  July (4)

Tuan Pena

My photo
~gaDiS hiJrah~
SNH binti SR ^^ -9 jan 1990 STILL study in QURAN SUNNAH @KUIS(dip) @USIM (degree) -Felda Taib Andak, Kulai,JB~ sama saperti insan lain yang selalu ingin berhijrah ke arah kebaikan. AKU, dalam perjalanan hijrah, dan terus mencari hijrah yang TERBAIK, bukan pada pandangan manusia, tapi pandangan Allah yang UTAMA. Insya Allah~
View my complete profile

Catatan Pena

  • Sunah Suka Sakura dot com
  • .. cik epal ..
  • Profesor Princess Nabilah
  • " Selamat Tinggal "
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
  • NahdahMuslim
  • Dr.Cinta Punye Blog~
  • iLuvislam.com + discover the beauty of islam
  • Inilah Jalanku

Keindahanku

alREADY read by ME

Gadis LolipopAku, Dia & CoklatBerubat Dengan SolatAndai Itu TakdirnyaKasih DaniaCinta Kau dan Aku

More of Hikmah's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists

Ukhti Saya

Tukar Banner


Islamic Testi - Directory for islamic testimonial and greeting Graphics

Award

 

Copyright by © 2010 ..::ceritaHATIgadisHIJRAH::..
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah