Bile dengar lagu ni, KOMPEM! RINDUUUUUUU sangat kat kawan2 saye! Masing2 da jauh, meneruskan mujahadah masing-masing dalam menggapai Redha Allah! Insya Allah!
Sahabat Tersayang!
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan
Untuk membuat kamu bahagia
Cukup cubaan untuk membuat kamu kuat
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya
DAN
Cukup harapan untuk membuat kamu positif menjalani kehidupan!
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita
kerana kita tak boleh selalu melihat ke belakang
kita dilahirkan dengan dua telinga
kanan dan kiri
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi
untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan
serta memilih mana yang BENAR mana yang SALAH
Ya Allah!
Peliharalah sahabatku ini
Kuatkan kakinya di jalan Mu
Kuatkan jasadnya dengan rahmat Mu
Penuhkan hatinya dengan sifat sabar dan redha
Kuatkan ruhnya dengan ruh Mu
Buatkan dia tersenyum hingga ke syurga Mu
Ya Rabb!
aku bukan lah sahabat yang terbaik untuknya
Tak mampu berada di sisi untuk melindunginya
Kau lindungilah dia dari segala bahaya
dan rahmatilah dia!
Diriwayatkan sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila mati salah seorang daripada mereka, maka masuklah ke dalam syurga. Tak akan masuk syurga melainkan dia mencari saudaranya dan bila dia berkata,
"Wahai Tuhanku! di mana sahabatku yang aku kasihi kerana Allah? Aku ingin masuk syurga bersamanya"
Allah menyaksikan kasih sayang mereka kerana-Nya. Maka perbanyakkanlah kasih sayang kerana Allah dan Allah menyaksikannya.
4 comments:
Subhanallah, indah sekali bersahabat kerana Allah ye .. mohon kongsi mana2 petikan yg menarik .. :)
sile kan sayang! terime kasih sudi luangkan mase mmbace entry sederhane ini ^^
shabat sejati sukar dicari, lagi2 sahabat yg mengingatkan kita kpd Allah.
Salam perkenalan :)
MERAH : betul tuu! sbb tu bile ade sahabat yg mengingatkan pd Allah, hargailah...salam perkenalan sayang!
Post a Comment