-->
skip to main | skip to sidebar
..::ceritaHATIgadisHIJRAH::..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

setIap detik bersama ALLAH


Showing posts with label kembali kepada FITRAH. Show all posts
Showing posts with label kembali kepada FITRAH. Show all posts

"Anda mampu mendidiknya"

"Anda mampu mendidiknya" 
---------------------------------

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."



Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut. 



Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

base on kisah benar orang tu, cerita oleh: Muhammad Rusydi



# cerita ini di copy paste dari status FB. 

Sebagai kesimpulan or pengajaran dari short story ni... 

SIAPAPUN DIA, DIA ADA POTENSI UNTUK BERUBAH :)
Tinggal kita memberi mereka ruang dan peluang untuk mereka melakukan perubahan itu. 
Yang baik bimbinglah yang kurang baiknya. 
Moga sama-sama kita bergerak ke arah yang LEBIH BAIK. 
Mahukan yang baik, jangan lakukan seorang, jangan hanya cari yang sudah sebulu, 
tarikhlah mereka yang berpotensi untuk jadi baik tuh.. 

Fitrah manusia adalah KEBAIKAN, maka bantulah mereka kembali kepada fitrah itu. 
itu adalah LEBIH BAIK ;)

Harapan : semoga lebih ramai pemuda-pemuda soleh yang berfikiran terbuka seperti ini agar maruah seorang wanita itu akan lebih terangkat ke darjat yang tertinggi. Insya Allah. 




perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Tuesday, February 12, 2013
kategOri: kembali kepada FITRAH

AWAS! Dosa berGANDA!

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas! kerana apabila dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi DOSA BESAR! Pertukaran berlaku apabila :

Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh secara berterusan walaupun sedikit.

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakanbahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseoarang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseoarang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama' atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Monday, September 05, 2011
kategOri: kembali kepada FITRAH

perbaiki DIRI ANDA maka ALLAH akan REDHA terhadap anda

Pernah kan mendengar tentang wanita dari Juhaniyah yang tergelincir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia mengingati Allah dan segera bertaubat kepada-Nya. Dia menghadap Rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam dirinya agar menjadi suci dari dosanya itu. Dia datang dalam keadaan hamil kerana berzina, seraya berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melanggar satu hukum had, maka hukumlah aku!" Kemudian Rasulullah memanggil walinya seraya berkata : "Berlaku baiklah kepadanya. Bila dia telah melahirkan, maka bawalah dia ke mari lagi."

Akhirnya ketika wanita itu kembali lagi, Rasulullah pun memerintahkan agar wanita itu direjam dan wanita itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Setelah itu beliau solat atas jenazahnya.

Melihat hal tersebut Umar r.a bertanya : "Apakah engkau solat atas dia, padahal ia telah berbuat zina?" Baginda menjawab : "Sesungguhnya dia telah bertaubat yang jika (pahala) taubatnya dibahagi kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya akan mencukupinya. Apakah engkau menemukan yang lebih baik daripada penyerahan jiwa kepada Allah?"

Sesungguhnya apa yang dilakukannya terdorong oleh kekuatan imannya sehingga dia berani membersihkan dirinya dan memilih pahala di kemudian hari daripada kesenangan yang segera. Seandainya dia wanita yang tidak kuat imannya, nescaya dia tidak akan memilih melalui hukuman rejam itu. Barangkali ada yang bertanya : "Mengapa dia sampai melakukan zina, kecuali orang yang lemah imannya?" sebagai jawapannya, sesungguhnya manusia itu adakalanya lemah sehingga terjerumus ke dalam perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. 

Namun ketika benih keimanan tumbuh dalam hatinya dan menjadi pohon rendang yang akar-akar tertancap kuat, ia akan menampakkan kemurnian dan keyakinan yang kuat! Hal itulah yang mendorong wanita ini segera menghadap Rasulullah dan memohon dirinya di sucikan dan dia telah berjaya menyucikan rohnya demi menggapai redha-Nya. rahmat-Nya dan ampunan-Nya! Masya-Allah...
Justeru itu, untuk apa kita merasa MALU demi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik?? Sudah terdapat bukti betapa rahmat Allah itu Maha Luas dengan memberikan wanita ini pahala berganda sehingga mampu mencukupi 70 penduduk madinah! Ya Rahmannn..padahal wanita ini telah melakukan dosa besar dalam Islam. BerHIJRAHlah SEKARANG, untuk apa di tangguh lagi..sesungguhnya Allah amat menyukai hamba-hamba-NYa yang bertaubat! Kerana Allah itu kaya dengan PENGAMPUNAN-NYA! 


Rebutlah kasih sayang-Nya demi mendapatkan maghfirah-Nya! Maka, jerumuskanlah dirimu untuk BERHIJRAH! =)









perkongsian dari ~gaDiS hiJrah~ at Saturday, August 06, 2011
kategOri: kembali kepada FITRAH
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

..::USIA gadisHIJRAH::..

Daisypath Anniversary tickers

Pelawat Singgah

 orang tengah jalan-jalan kat taman hijrah laa ^^

Pembaca Tintaku

Fan Page

Catatan Tintaku

  • ▼  2013 (4)
    • ▼  March (1)
      • aurat
    • ►  February (3)
  • ►  2011 (45)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (19)
    • ►  August (15)
    • ►  July (4)

Tuan Pena

My photo
~gaDiS hiJrah~
SNH binti SR ^^ -9 jan 1990 STILL study in QURAN SUNNAH @KUIS(dip) @USIM (degree) -Felda Taib Andak, Kulai,JB~ sama saperti insan lain yang selalu ingin berhijrah ke arah kebaikan. AKU, dalam perjalanan hijrah, dan terus mencari hijrah yang TERBAIK, bukan pada pandangan manusia, tapi pandangan Allah yang UTAMA. Insya Allah~
View my complete profile

Catatan Pena

  • Sunah Suka Sakura dot com
  • .. cik epal ..
  • Profesor Princess Nabilah
  • " Selamat Tinggal "
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
  • NahdahMuslim
  • Dr.Cinta Punye Blog~
  • iLuvislam.com + discover the beauty of islam
  • Inilah Jalanku

Keindahanku

alREADY read by ME

Gadis LolipopAku, Dia & CoklatBerubat Dengan SolatAndai Itu TakdirnyaKasih DaniaCinta Kau dan Aku

More of Hikmah's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists

Ukhti Saya

Tukar Banner


Islamic Testi - Directory for islamic testimonial and greeting Graphics

Award

 

Copyright by © 2010 ..::ceritaHATIgadisHIJRAH::..
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah