Syukran untuk masa yang diluangkan. Semoga terdapat sedikit perkongsian melalui catatan blog ini. Blog ini bukan penulisan dari kerahan keringat saya sendiri, saya mungkin tidak atau belum dikurniakan bakat untuk menulis sendiri catatan-catatan tarbiyah di blog ini. Niat utama menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi petikan tarbiyah yang boleh mendidik hati-hati kita. Saya cuba berkongsi petikan-petikan mendidik yang saya baca dari pelbagai sumber. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya, maka jadikan ia sebagai peringatan buat kita insan yang sering lupa dan perlu diingatkan selalu (saya juga), dan mungkin ada yang tidak pernah membacanya, maka marilah berkongsi pengajaran darinya bersama-sama. Insya-Allah! terdapat tarbiyah yang sangat mendidik jiwa atau mungkin boleh membuat kita tersentap dan bertanya tentang sejauh mana iman kita pemikiran kita berfikir ke arah itu. maka, ayuhlah bermuhasabah selalu, dan seterusnya bersama melakukan 'hijrah' dalam hari-hari kita. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa ingin menambahkan ilmu-Nya dan sentiasa tanpa lelah mencari redha Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment