Ya Rabb...
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupanku,ku lemah kalau engkau tidak memberi kekuatan,
aku hamba-Mu, memang sentiasa lemah,
Lemah fizikal, lemah jiwa.
Dengarlah selalu bisikan hatiku, itulah harapanku pada-Mu.
Tuhan...
masukkanlah di dalam hatiku tenang dengan ujian,
kerana mengharapkan keredhaan-Mu.
Masukkanlah di dalam hatiku takut dengan kemewahan kerana takut di salahgunakan,
masukkanlah di dalam hatiku rasa cinta padamu,
agar rasa lazat menyembah-Mu.
Rahmat-Mu yang aku harapkan Ya Allah!
Amal ibadahku tidak memberi jaminan atau kemaafan-Mu yang aku pinta.
Sekalipun aku tidak layak, aku ini hamba-Mu Tuhan...tidak berguna kerana membuat dosa setiap masa, kutiplah aku dengan rahmat-Mu.
Rahmat-Mu luas,berkat melimpah kepada sesiapa sahaja yang Engkau anugerahkan!
Ameennnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment