"Gitu-gitu macam mana?" tanya si suami.
"Macam biasalah, setakat berlapar. Bersahur, berbuka, bertadarus, berterawih..."
"Tahun ni kita buat peningkatan," balas si suami.
"Nak mula di mana?"
"Kita mula dengan yang paling mudah dahulu. Mula dengan mengubah pandangan tentang puasa," jawab suami pasti.
"Kenapa perlu mengubah pandangan?"
"Yalah, kalau kita nampak tepat, kita dapat pun tepat. Kalau kita nampak banyak, kita dapat pun banyaklah," jelas si suami.
"Apa selama ni kita tak nampak puasa dengan tepat?"
"Ramai yang tak nampak puasa dengan tepat."
"Macam mana tu?"
"Ada yang nampak puasa dari sudut ekonomi, kesihatan, sosial malah politik pun ada. Bagaimana puasa boleh menambah atau menyusutkan pendapatan. Bagaimana kesan puasa pada kesihatan. Bagaimana tradisi Ramadhan boleh dijadikan platform untuk meraih pengaruh..macam-macam lagi"
"Tapi sekarang ni dah ramai yang menunggu puasa Ramadhan untuk memburu pahala, fadhilat dan berkat yang berganda." balas si isteri.
"Bagi saya belum tepat"
"Tapi tak salah kan?"
"Tak tepat bukan bererti salah.."
"Jadi yang tepatnya bagaimana?"
"Perlulah rujuk kepada Tuhan yang memerintahkan puasa."
"Kena rujuk al-Quran..."
"Al-Baqarah ayat 83. Ringkasnya, puasa di perintahkan kepada oarang beriman untuk membina takwa."
"Cuba abang jelaskan"
"Suatu perintah mesti dipandang mengikut tujuan ia diperintahkan. Puasa mesti dipandang sebagai mekanisme takwa. Puasa untuk membina takwa. Itu yang utama!" tegas si suami.
"Jadi takwa itu dulu perlu dijelaskan. Biasalah orang sebut istilah takwa tapi masih tak difahami betul-betul."
"Takwa dari kata asal waqa atau wiqayah. Ertinya, berhati-hati atau mencegah. Jadi makna mudahnya, orang bertakwa ialah orang yang sangat berhati-hati."
"Berhati-hati yang macam mana?"
"Berhati-hati dengan dua hukum Tuhan. Pertama, hukum dinullah-halal, haram, sunat, makruh dan harus-yang dikenakan kepada manusia. Kedua, hukum sunatullah-hukum 'sebab dan akibat'-yang dikenakan kepada seluruh ciptaan-Nya."
"Wah, ni payah nak faham bang!" pintas isteri berterus terang.
"Lebih baik cuba difahamkan, kata nak buat peningkatan? Jika tidak, Islam akan terus di salah faham"
"Okeylah...apa kaitan puasa dengan hukum dinullah?"
"Banyak perkara halal yang ditegah semasa kita berpuasa. Makan, minum, bersetubuh...antaranya. Kalau yang halal pun dapat kita tinggalkan sepanjang siang Ramadhan, sepatutnya kita lebih mudah meninggalkan perkara yang haram pada bulan yang lain. Jadi puasa adalah latihan meninggalkan terus perkara yang haram!"
"Lagi?"
"Puasa adalah latihan menjaga amalan wajib dan sunat. Dua puluh rakaat Tarawih pada bulan Ramadhan yang terus-menerus tentunya memudahkan kita menjaga solat lima waktu tujuh belas rakaat secara berkala. Misalnya, kalau kita mampu luangkan masa satu jam tadarus Al-Quran, takkanlah berat sangat nak luangkan beberapa minit membaca Al-Quran pada bulan yang lain"
"Ya tak ya juga bang. Tapi kenapa ya...tak jadi pula macam tu" tanyanya lagi.
"Sebab kita tidak lihat puasa sebagai bulan latihan. Kita tak terasa kita berlatih. Lebih tepat lagi kita tak terasa yang kita sedang bermujahadah dan melatih jiwa kita. Inilah aspek teras puasa yang selama ni terlindung oleh aspek rutinnya."
Isterinya diam.
"Awak tak tanya tentang hukum sunatullahnya?"
"Oh, terlupa saya.."
"Tulah yang selalu kita lupa. Orang bertakwa bukan sahaja berhati-hati dengan hukum dinullah, tapi mereka juga sangat berhati-hati dengan hukum sebab dan akibat. Jadi, mereka sentiasa berusaha keras melahirkan sebab-sebab untuk berjaya dalam hidup. Mereka rajian dan bekerja kuat. Mereka patuh pada hukum ini, justeru ni juga hukum Tuhan. Malangnya, ramai umat Islam yang taat hukum dinullah tapi membelakangkan hukum sunatullah dan sebaliknya."
"Yang abaikan kedua-dua hukum pun ramai" tambahnya.
"Jika ketaatan kepada hukum dinullah melahirkan pembangunan rohani, ketaatan kepada hukum sunatullah pula melahirkan pembangunan material." ujar si suami.
Si isteri terus diam. agaknya, bicara si suami sudah over daripada maksud keluhan awal perbualan awal tadi.
"Agak awak puasa umat Islam selama ni dah berjaya ke ;ahirka peribadi bertakwa?" soal suami menguji kefahamannya.
"Belum. Terlalu jauh." jawab si isteri.
"Kenapa?"
"Sebab pembangunan rohani kita tak tinggi dan pembangunan material kita pun tak setara mana. Umat islam hari ni tak berjati-hati lagu dengan hukum dinullah dan sunatullah." jawabnya.
Terkejut suami. Diam-diam si isteri faham. Jangan memandang rendah pada wanita, hati suami berbisik.
"Baiklah,pandangan kita tentang puasa dah berubah. Lepas tu?" tanya isteri.
"Alhamdulillah..semoga kita tak di belenggu lagi oleh masalah beramal tanpa ilmu. soal selanjutnya ialah bagaimana nak lepas dari masalah berlimu tanpa beramal."
"Ini tentu lebih payah."
"Tentu, kerana ia menyentuh bukan sahaja soal tanggapan dan kefahaman, tapi soal penghayatan dan mujahadah yang menyentuh elemen dalaman-akal, hati dan nafsu. Juga melibatkan soal benih, pokok dan buah daripada puasa itu sendiri."
"Puasa ada benih, pokok dan buah?" tanya si isteri.
Kata-kata itu mengusik si suami. Ya! terasa puasa masih asing bagi kita walaupun sudah puluhan tahun berpuasa. Lalu tak hairanlah jika puasa kita terus dilanda budaya "gitu-gitu", bukan budaya "betul-betul"
"Kenapa bang?"
Suami terus terdiam. Inilah nasib Islam,agama yang mudah tetapi kini sudah semakin sukar difahami dan diamalkan. Ya, yang mudah pun menjadi payah apabila sering di permudah-mudahkan!
[Catatan karya "Nota hati seorang Lelaki"]
----------------*********------------------
Salam Ramadham Al-Mubarak untuk semua. Semoga kita dapat mengambil sedikit muhasabah dari karya ini untuk persediaan Ramadhan kita kali ini. Insya Allah! Berhijrahlah kita dari puasa yang "gitu-gitu" ke puasa yang "betul-betul", pasti diperoleh dengan lebih nikmat hikmahnya..ameennn..
0 comments:
Post a Comment